Wednesday, 5 March 2014

Tan Sri Azman Hashim

Tan Sri Azman Hashim (Pengerusi Kumpulan AmBank)

Latar Belakang

Beliau dilahirkan pada bulan Julai 1939 di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Ibubapa beliau adalah guru. Beliau merupakan seorang akauntan berkanun yang terlatih dan memulakan kerjayanya sebagai akauntan berkanun pada 1955 di Messrs. OL Haines & C0., Australia.

Kerjaya Dalam Bidang Perbankan

Beliau yang berpengalaman luas dalam industra perbankan telah bermula terlibat dalam sektor perbankan sejak tahun 1960 selepas beliau kembali dari Australia sebagai akautan berkanun. Bank Negara Malaysia merupakan tempat di mana beliau memulakan kerjayanya dalam sektor perbankan.

Selepas berkerja di Bank Negara Malaysia beberapa tahun , Beliau meletakkan jawatan pada tahun 1964 dan beringin untuk memulakan firma perakaunan sendiri yang bernama Azman, Wong , Salleh & Co. Beliau telah menjadi Pengarah Malayan Banking Berhad atau Maybank selepas two tahun. Beliau turut dilantik sebagai Pengarah Eksekutif Maybank dari tahun 1971 hingga 1980.

Seterusnya, Beliau dilantik sebagai Pengerusi Eksekutif Kwong Yik Bank yang kini dikenali sebagai RHB Bank Berhad selama 2 tahun iaitu dari tahun 1980 hingga tahun 1982. Pada tahun 1982, beliau telah membeli Arab-Malaysian Merchant Bank yang kini dinamakan AmBank daripada usahawan Arab iaitu Hussain Najadi. Hussain menubuhkan bank itu pada tahun 1975 supaya dapat membawa kemasukan pelaburan dari negara-negara Arab ke Malaysia. Selepas pembelian maka Tan Sri Azman turut dilantik sebagai Pengerusi.


Kepentingan Syarikat Lain

Selain daripada memegang 42% kepentingan dalam syarikat induk Kumpulan AmBank iaitu Arab-Malaysian Corporation Berhad (AMC) , beliau juga mengawal syarikat AMMB Holdings Berhad atau AHB , Arab Malaysian Finance Berhad yang kini dikenali sebagai AmFinance, Arab Malaysian Development Berhad, South Peninsular Industries Berhad, Redifussion Berhad, Hotel Equatorial dengan 30% kepentingan dan anak syarikat Johnson&Johnson di Malaysia dengan 30% kepentingan.

Kejayaan

Selepas krisis ekonomi Asia 1997/1998 , Tan Sri Azman bukan sahaja berjaya mengekalkan kedudukannya dalam Kumpulan Perbankan AmBank, malah berjaya memperluaskan penguasaannya dalam industri perbankan dengan penggabungan MBF Finance dengan anak syarikat Kumpulan Perbankan AmBank- Arab-Malaysian Finance Berhad.

Pengiktirafan

Terdapat banyak jawatan lain yang pernah dan sedang dipegang oleh Tan Sri Azman. Antaranya ialah Ahli Lenbaga Pengarah Sistem Penerbangan Malaysia Berhad (MAS) , Pengerusi Institut Sistem Mikroelektronik Malaysia Berhad (MIMOS) , Pengerusi Persatuan Bank Saudagar di Malaysia dan Pengerusi Perbadanan Produktiviti Nasional/

Malahan, Pengerusi Perbadanan Kerjasama Selatan-Selatan Malaysia, Pengerusi Persatuan Ekonomi Malaysia-Jepun, Pengerusi Majlis Ekonomi Pacific Basin (PBEC) Malaysia , Pengerusi Persatuan Selatan-Selatan Malaysia, pengerusi Majlis Sukan Air Kebangsaan , Pengerusi Yayasan Persatuan Perubatan Malaysia, Bendahari Kumpulan Perundingan Sektor Swasta Malaysia-US, Ketua Mesyuarat Perniagaan ASEAN-Jepun (Jawatankuasa Malaysia, Keizai Doyuki) , Ahli Majlis Perundingan Ekonomi Negara II (MAPEN II) .

Tambahan pula, Ahli Majlis Penasihat Perniagaan APEC ("ABAC), Ahli Suruhanjaya Tiga Penjuru (Kumpulan Asia Pacific), Ahli Majlis perniagaan Malaysia-British, Ahli Majlis Hal Ehwal Agama Kebangsaan, Ahli Yayasan Pelaporan Kewangan, Fellow Institut Akauntan Berkanun Australia, Fellow Institut Setiausaha  dan Pentadbir Berkanun.

Beliau merupakan warganegara Malaysia pertama yang dilantik sebagai pengerusi. Institut itu masih baru dan tidak mempunyai wang yang secukupnya bagi membeli bangunan sendiri apabila masa beliau dilantik sebagai pengerusi. Disebabkan demikian, kebanyakan mesyuarat diadakan di firma perakaunan Tan Sri Azman, iaitu Azman, Wong , Salleh & Co. Fellow Institut Bank-bank Malaysia adalah Pemegang Amanah Yayasan Hati Malaysia dan Naib Pengerusi Majlis Perniagaan Malaysia.


Anugerah

Beliau pernah menerima anugerah yang banyak. Antaranya, beliau telah diberi anugerah Doktor Kehormat oleh Universiti Utara Malaysia(UUM) pada tahun 1990. Beliau juga dinamakan sebagai Pengurus Terbaik Asia oleh majalah Asian Finance pada tahun 1985.

Beliau dinamakan sebagai Usahawan ASEAN tahun 1993 oleh Forum Perniagaan ASEAN. Beliau turut dinamakan sebagai Pengurus Terbaik Tahun 1995 oleh Kelab Alumni Harvard Business School.

Sumbangan

Tan Sri Azman yang sebagai Pengerusi Perbadanan Produktiviti Nasional memainkan peranan penting dalan menggalakkan produktiviti di Malaysia dan menjadikannya sebagai komponen yang relevan dan turut menyumbang dalam proses pembangunan negara.

Kejayaann dalam membangunkan produktiviti telah dicapaikan melalui keyakinan beliau. Perbadanan Produktiviti Nasional berjaya membangunkan metodologi pengukuran produktiviti di peringkat kebangsaan dan subsektor di bawah pimpinan beliau.

Perbadanan Produktiviti Nasional telah menerbitkan laporan tahunan produktiviti yang menganalisis prestasi produktiviti pada peringkat kebangsaan dan subsektor sejak tahun 1994. Laporan tahunan ini dapat diakses melalui Pangkalan Data Rangkaian Tanda Aras Dalam Talian NPC ataupun BOND. Tan Sri Azman banyak menyumbang kepada pergerakan produktivit di rantau Asia dan Pasifik melalui Perbadanan Produktiviti Nasional.



No comments:

Post a Comment