Tuesday 11 March 2014

Helen Read ( Pengarah Ms Read Sdn Bhd )

Helen Read 

Ms Read Sdn Bhd 

 
 
 
Helen Read adalah jenama pakaian wanita. Ia juga adalah nama pengasas Ms Read Sdn. Bhd, syarikat yang mengendali rakaian butik pakaian untuk golongan wanita bertubuh besar. Kini terdapat sembilan buah butik dan kaunter Ms Read di beberapa pusat membeli belah di Kuala Lumpur. Antaranya di One Utama Shopping Center, Midvalley Megamall, Alamanda Putrajaya, Subang Prade, Sogo, Lot 10, Ampang Point, Isetan KLCC dan Maju Junction. Butik Ms Read juga terdapat di Pulau Pinang dan Johor Bahru.
Helen Read yang dilahirkan di England adalah berdarah campuran Cina dan Inggeris. Bapa beliau berasal dari Ipoh, Perak. Helen adalah bekas eksekutif di Hotel Merlin, Kuala Lumpur berkelulusan dalam bidang pengurusan hotel di Loughborough Collage, England. Beliau mengambil keputusan berhenti kerja selepas mendapat anak pertama. Ketika anak sulungnya, Benjamin Yong berusia dua tahun, seorang kawan mengajak Helen berkongsi niaga dalam bisnes membuat pakaian, Helen bersetuju dengan tawaran itu, bagaimanapun beliau hanya melibatkan diri secara sambilan. Kilang mereka membekal pakaian wanita ke pusat-pusat membeli belah seperti Isetan, Metrojaya dan jaya Jusco.
Pada tahun 1982 rakan kongsi Helen mengikut suaminya berpindah ke negeri lain. Sejak itu Helen mengambil alih pengurusan kilang sepenuhnya. Pada tahun 1996 Helen didatangani pihak Jaya Jusco yang memintanya membuat pakaian untuk segmen wanita mereka. Helen menolak tawaran itu kerana pada waktu itu kilangnya sedang beroperasi dengan kapaasiti penuh. Sebaliknya Helen meminta kepada pihak Jusco menyewakan sebuah lot kedai kepadanya untuk dibuat butik. Permintaan itu dipersetujui pihak Jusco. Helen membuka butik pertamanya yang diberi nama Ms Read di One Utama Shopping Center pada bulan Mac 1997. Beliau berkongsi modal dengan suaminya mengubah suai buti itu sebanyak RM100,000 dan menyediakan stok pakaian bernilai RM60,000.
Ketika berlaku kegawatan ekonomi pada akhir tahun 1997, operasi di kilang Helen terjejas teruk kerana permintaan merosot. Mujur butiknya dapat menyelamatkan keadaan gawat itu. Apabila ekonomi pulih semula, bisnes Helen terus berkembang. Butik beliau menyediakan pelbagai jenis pakaian yang sesuai digayakan ke pejabat, untuk tujuan kasual, sukan, majlis dan juga koleksi busana muslimah. Konsep plus-size yang menjadi identiti butik Helen terbit daripada ilham pihak Isetan yang mahu membuka segmen itu untuk wanita bertubuh besar.
Ketika berkerjasama dengan pihak isetan, Hetan terlibat dalam penyelidikan dan pembangunan ke atas saiz pakaian wanita di Eropah yang di sesuaikan dengan wanita Asia bersaiz 12 hingga 24. Melalui kajian itu, terhasil label Total Woan. Helen menggunakan konsep serupa untuk butiknya sendiri. Bagi Helen wanita bertubuh besar layak bergaya dan kelihatan cantik. Beliau mengambil kira cadangan dan maklum balas yang diterima daripada peminat-peminat butiknya. Selain pelanggan dewasa, beliau menyediakan pakaian plus size untuk generasi muda. Butik Ms Read kini memiliki francais pertama di Brunei.
 

No comments:

Post a Comment