Wednesday 5 March 2014

Tan Sri Dato' Seri Dr.Jeffrey Cheah ( Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sunway)

Tan Sri Dato' Seri Jeffrey Cheah merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sunway
 

Latar Belakang

Tan Sri Dato' Seri Jeffrey Cheah dilahirkan di Pusing, Perak. Beliau mempunyai 6 orang adik beradik. Beliau menerima pendidikan tinggi di Footscray Institute of Technology yang kini dikenali sebagai Victoria University of Technology, Australia. Beliau memulakan kerjayanya sebagai akauntan di kilang pemasangan motor selepas tamat pengajiannya.

Kejayaan

Kumpulan Sunway telah berjaya menempuh 3 kemelesetan ekonomi dengan jayanya. Beliau telah memulakan syarikat perlombongan bijih timah (Syarikat Sungei Way) dengan modal berbayar sebanyak RM100,000. Kemelesetan ekonomi melanda pada tahun 1977 namun syarikat masih dapat bertahan. Bagi tahun-tahun berikutnya, bijih timah telah habis dilombong dan beliau telah menukarkan lombong bijih timah kepada lombong kuari dan pasir. Syarikatnya yang berprestasi memberangsangkan telah menjadikannya berjaya disenaraikan dalam papan utama Bursa Saham Kuala Lumpur pada tahun 1984 sebagai Sunway Holdings Berhad.

Cabaran Yang Dihadapi

Malaysia dilanda kemelesetan ekonomi pada tahun 1985. Kesan yang dirasai pada tahun itu adalah lebih ketara. Menjelang tahun 1987, Sunway Holdings Berhad mencatatkan kerugian yang hampir melenyapkan dana pemegang sahamnya. Akan tetapi, mereka masih dapat bertahan.

Pelbagaikan Perniagaan

Selepas kemelesetan ekonomi berakhir, Tan Sri Dato' Seri Jeffrey Cehah mula mengambil kangkah untuk mempelbagaikan perniagaannya supaya risiko syarikat dapat disebarkan. Sunway Holdings Berhad mula melibatkan diri dalam sektor pembangunan hartanah, pelaburan hartanah, pembuatan dan perniagaan yang berkaitan dengan hiburan. Selepas itu, beliau telah menyenaraikan 3 buah syarikat lagi iaitu :
(i) Sunway City Berhad
(ii) Sunway Construction Berhad
(iii) Sunway Building Technology Berhad

Kegawatan Ekonomi

Krisis ekonomi Asia melanda pada tahun 1997 , beliau telah mengambil langkah untuk menunjukkan akaun syarikat kepada semua pekerja Sunway Holdings berhad dan memastikan syarikat akan membayar gaji tepat pada waktunya. Perbuatan beliau telah mendapat sokongan penuh semua pekerjanya. Serentak dengan itu, beliau memulakan langkah mengurangkan kos dengan menjual jentera yang tidak diperlukan dan menutupkan perniagaan yang tidak mendatangkan hasil.

Sejarah Bandar Sunway

Khalayak Ramai yang tidak yakin dengan kemampuan beliau dalam menjayakan projek perumahan di atas bekas lombong, Namun, kini lombong bijih timah yang telah ditebus guna adalah Bandar Sunway.Namun, ini tidak melemahkan semangatnya malah mendorongkan beliau untuk meneruskan niatnya dan kini Bandar Sunway yang bernilai RM3 bilion adalah salah satu kawasan perumahan yang terunggul di Lembah Klang.

Anugerah

Beliau telah mendapat beberapa anugerah, antaranya ialah:
(i) Tokoh hartanah tahun 1993/94
(ii) CEO terbaik Malaysia 1996
Sunway Holdings Berhad juga dinamakan sebagai syarikat terbaik yang diuruskan oleh majalah Asia Money. Tan Sri Dato' Seri Jeffrey Cheah juga pernah dianugerahkan 8 doktor kehormat oleh beberapa universiti antarabangsa.

Perkembangan di peringkat antarabangsa

Beliau juga banyak mencari peluang di luar negara seperti Taiwan, India dan Australia. Beliau turut mengadakan perkongsian bijak dan usaha sama dengan beberapa pihak seperti Syarikat Pelaburan Kerajaan Singapura. Beliau juga adalah Pengasas Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI) iaitu Institut yang ditubuhkan bagi menggalakkan perdagangan dan pelaburan antarabangsa melalui dialog di peringkat tinggi.

Sumbangan

Tan Sri Dato' Seri Jeffrey Cheah yang berasal dari Perak juga merupakan seorang dermawan. Beliau melibatkan diri dalam beberapa Persatuan Kebajikan. Antaranya :
(i) Yayasan Buah Pinggang Malaysia
(ii) Yayasan Hati Malaysia
(iii) Persatuan Hakka Malaysia

Rahsia Kejayaan

Beliau merupakan seorang yang suka belajar dari kesilapan. Selain bergantung pada fakta, beliau juga tidak memanfaatkan gerak hati dan menggunakannya dalam membuat keputusan. Beliau juga seseorang yang tidak membiarkan emosi menguasai dirinya. Beliau adalah seorang yang membuat keputusan berdasarkan akan tetapi bukan emosi. Beliau juga seorang yang berani mengambil risiko.


No comments:

Post a Comment