Tuesday 11 March 2014

Lisa Fong ( Pengarah Syarikat OSCAR Footwear Marketing Sdn Bhd )

Lisa Fong

Syarikat OSCAR Footwear Marketing Sdn Bhd


Lisa Fong, adalah pengarah urusan OSCAR Footwear Marketing Sdn Bhd. Sejak di bangku sekolah lagi, beliau selalu membantu bapanya di kedai kasut untuk mendapat sedikit wang saku. Pengalaman tersebut telah mempengaruhi beliau untuk menceburi industri yang didominasi lelaki.
Tetapi beliau tidak maju ke hadapan dengan menghasilkan kasut lelaki, sebaliknya beliau beralih kepada bidang pembuatan kasut keselamatan (safety  footware).
Pada hari ini, pelanggan syarikat beliau adalah termasuk nama-nama besar seperti Petroliam Nasional Bhd, Top Glove Bhd, Fraser & Neave Holdings Bhd, The Federal Land Development Authority, Seagate Industries (M) Sdn Bhd dan The Royal Malaysian Police. Produk syarikat juga dieksport ke Thailand, Singapura, Vietnam, Kanada dan Fiji. Oscar Footwear Marketing adalah No 1 syarikat safety  footware di Malaysia.
Dilahirkan dan dibesarkan di Seri Kembangan di Selangor, Beliau pergi ke London untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang pembuatan kasut. Semasa di London, beliau berkerja di kedai kasut Bata untuk mendapatkan banyak lagi pengalaman dalam industri pembuatan kasut.
Kemudian beliau dan abangnya telah mengambil alih syarikat bapanyapada tahun 1980-an. Pada ketika itu, syarikat tersebut bergantung sepenuhnya kepada tenaga kerja menghasilkan kasut. Disebabkan itu, beliau telah manaik taraf proses pembuatan dengan membeli jentera berteknologi tinggi untuk meningkatkan lagi produktiviti dan kerumitan yang dihadapi oleh syarikat .
Perniagaan yang pertama kali bermula di sebuah rumah kedai telah berkembang kepada pembukaan kilang yang lebih besar dan mampu menghasilkan 1000 hingga 1200 pasang kasut setiap hari berbanding dengan 500 hingga 700 pasang kasut sehari sebelum ini.
Matlamat Beliau ialah menjadikan Syarikat OSCAR Footwear Marketing Sdn Bhd sebagai salah satu syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia dalam tempoh masa lima tahun.

No comments:

Post a Comment